Terung Peparu Mini





Sayur Terung Peparu merupakan tumbuhan yang tergolong dalam famili Solanaceae & genus Solanum. Ia berasal dari India & Sri Lanka. Nama botaninya ialah Solanum Melongena. Batang pokok biasanya berduri. Dari segi botani terung dikelaskan sebagai buah beri mengandungi banyak biji yang kecil & lembut. Biji itu boleh dimakan tetapi rasanya pahit kerana ia mengandungi alkaloid nikotina.

Nutrisi: Ia mempunyai gizi yang tinggi A, B1, B2, C, P, Fosfor (Trubus 1998).





Batas terung peparu mini, varieti yang ditanam oleh usahawan ini adalah terdiri daripada pelbagai varieti. Ada yang bulat, panjang & peparu. Bahagian tanah diletakkan silvershine.




Cara memotong mestilah 3- 5 cm panjang tangkainya. Memotong mestilah menyerong dengan menggunakan scatteurs. Kurangkan kecederaan mekanikal yang disebabkan guntingan atau terjatuh kerana harga pasaran akan menurun.




Siraman air perlulah dilakukan 2 x sehari iaitu pada waktu pagi dan waktu petang. Usahawan menggunakan siraman air secara manual menggunakan getah, saluran air melalui kolam yang dibuat berhampiran.




Kolam yang dibina khas untuk sistem penyiraman pokok.

Usahawan : Liew Peng Sang
Kg batu 8, Jalan Endau Pontian, 26800, Rompin, Pahang.
Keluasan Tanah: 2 ekar


Comments

Popular Posts