Sistem Fertigasi

Sistem Fertigasi sudah begitu popular digunakan pada zaman kini. Ia merupakan pertanian moden yang dapat menjanakan keuntungan kepada usahawan.

Kelebihan Sistem Fertigasi:
  1. Nutrien lengkap dikawal ikut pertumbuhan pokok
  2. Menjamin kebersihan dan menghindar penyakit
  3. Mengatasi masalah bawaan tanah
  4. Meningkatkan hasil pengeluaran
  5. Masalah merumpai sangat rendah
  6. Kualiti hasil yang lebih baik dan cantik
  7. Penggunaan baja yang cekap dan jimat
  8. Mengurangkan penggunaan racun
  9. Modal pusingan yang rendah
Fertigasi: Di dalam sains pertanian bermaksud “Cara Pemberian Makanan Kepada Tanaman”



Fertigasi Autopot bermaksud “ Kaedah terkini,iaitu apabila baja lengkap dalam bentuk nutrien diagihkan ke dalam bentuk larutan nutrien ke pot tanaman melalui sistem pengairan (titisan)”


Keperluan paras air atau larutan nutrient dikawal oleh smart valve. Pokok ditanam dalam polibeg yang mengandungi serpihan batu-batan dan polibeg ini diletak dalam autopot.


Autopot dibuat daripada High Density Poliethelin (HDPE) dan jangka hayatnya tahan selama lebih kurang 5-10 tahun.


Tanaman yang paling sesuai dan ekonomik ditanam adalah tanaman jenis:
 
Rock Melon





 Cili




Tomato




kerana seiring dengan keadaan harga pasaranya yang agak tinggi dan permintaan yang mantap sepanjang tahun.


Timun Jepun




Terung



Kacang Bendi

                                                                         


Kacang Panjang




Peria




Petola




dan bunga-bungaan juga boleh ditanam menggunakan kaedah ini.


Kaedah Fertigasi Secara Autopot:


1. Rumah pelindung hujan


2. Sistem pengairan.


3. Baja (Khas) untuk fertigasi,


4. Peralatan pHdan EC meter.


5. Sumber air bersih


6. Bekas tanaman di ladang semaian. (Polibeg & Autopot)


7. Media tanaman (Pecahan batu-batan)


8. Biji benih terpilih.

Comments

Popular Posts