Sup Payau


Salam...


Pada November lalu, ana dan 2 lagi rakan sekerja telah terbang ke Sabah negeri di bawah bayu. 7 hari berada di sana, terasa singkat dan amatlah cepat masa berlalu. Perjalanan dari Lapangan Terbang Kota Kinabalu ke Tawau menaiki Ford Wheel pejabat mengambil masa yang agak lama. 8 jam perjalanan pada hari pertama, jalan yang tidak "bertar", berbatu batu dan laluan bukit bukau menyukarkan perjalanan kami. Pemandu kami En. Thoy yang agak cekap memandu, memandu dengan kelajuan yang boleh ana katakan "suka hati die je" dah macam perlumbaan racing car sampai ada drift berpusing2, dengann keadaan cuaca waktu itu hujan, laluan licin dan berlumpur. Cukup mencabar & mendebarkan. Ana yang kuat rasanya nie selama nie dengan kelajuan pun boleh sampai nak temuntah2. Cuma alhamdulillah masih boleh ditahan. Tapi diam jelah sepanjang perjalanan. Takut2 termuntah kat rakan sekerja lagi sorang nie. Die kelihatan "cool" je.


Ada banyak pengalaman baru yang ana rasai disini. Tapi untuk tatapan kali nie, ana nak "share" tentang makanan Orang Sabah. "SUP PAYAU". Kalau di tempat kelahiran ana "payau" nie beerti macam rasa yang x berapa "best" je... tawau...n pahit2 sikit. Macam air longkang gitu. Hu~~~Hu~~~ Aik~~~macam ana pernah minum air longkang pula kan??? Ngee~~~Ngee~~~


Macam air yang jual di pasar malam tu lah. Tawar hebeh. Payau lah tu. Air tak masak pun. Air paip je ia curah. Dulu masa kecil pantang betul kalau minum air di pasar malam. Confirm esok demam. Mum & Dad punyalah marah kalau beli air tu.


E'eh~~~ Sebenarnya nak cerita "SUP PAYAU" di sini, kalau di sabah membawa erti "SUP RUSA".
Emm...sedap kan. Ana pun kali ke 2 makan daging RUSA nie. Yerlah harganya mahal tu sekilo, mencecah puluhan ringgit, susah nak dapat pula tu. Dulu pun sekali makan kerana kawan Mum memburu dapatlah rasa.
Di KL & JB jarang2 pula nampak ada kedai / warung y menjualnya. Mungkin susah nak dapat stok nye & tak pandai masak kot. Takut2 liat n keras je bagi orang yang tak biasa memasak daging nie. Kalau di hotel mungkin banyak lah. Ana jarang ke hotel. Sejak "yang tersayang" dah kembali ke rahmatullah. Tiada pula nak melayakkan diri nie ke hotel, fikir 10-20 x kalau nak menghabiskan duit semata2 nak makan di hotel. Hu~~~Hu~~~ Tgu kaya dulu~~~ Insyallah.


Buat tatapan umum, agak2 yang mengidam bolehlah pergi ke Sabah, mesti puas hati punye~~~Sedap~~~Sehingga licin pinggan tu~~~ Dan saiz pinggang pun bertambah~~~ (^_^)



Warung Sup Payau Di Kawasan Lapangan Terbang Tawau


Sup Payau Semangkuk RM 6.00


Makan gan nasi kosong jer...



Nie lah lapangan terbang Tawau ke ana lupa lak~~~ Tapi warungnya sebelah nie lah... (^_*)


Nie Pula Resepi bagi kowang yang nak mencuba masak sendiri di rumah yer...





Bahan-bahan:

1) 500 gm daging rusa ~ dihiris
2) Rempah tumis 4 sekwn 1 inci kulit kayu manis,
3) 1 kuntum bunga lawang,
4) 3 kuntum bunga cengkih,
5) 2 biji pelaga
6) 4 ulas bawang merah**
7)  ulas bawang putih**
8) 1 inci halia**
9) 1 sudu kecil lada hitam**


**ditumbuk


10) 1 sudu mkn rempah sup
11) 2 biji kentang ~ belah 4
12) Garam
13) Sedikit daun bwang & sup serta bawang goreng
14) Sedikit minyak
15) Air secukupnya.

Cara penyediaan:

1. Panaskan minyak, masukkan rempah tumis dan kacau hingga harum. Kemudian masukkan pula bahan tumbuk**, rempah sup dan tumis hingga wangi.


2. Masukkan daging tadi dan gaul rata. Tuang air secukupnya dan masak daging sehingga empuk (biasanya daging rusa lembut dan tak perlu masak lama)


3. Masukkan ubi kentang dan masak hingga kentang lembut, tambah garam secukup rasa.


4. Tabur hirisan daun sup/daun bawang dan bawang goreng.


Selamat Mencuba~~~Mmuah~~~(^_*)

Comments

Unknown said…
wah....kalau pekena dengan sambal belacan, mesti lagi kawwwwww...
Titisan Budi said…
Betul tu cake~~~ actually memang ade sambal belacan pun~~~sangat2 lah pedas. (^_*)
baya klate said…
yu...best nye makan sup tu...1st time 4me mkn tu.. tp best oo... nyumm...nyumm...
Titisan Budi said…
Thn nie kite g lagi jom~~~he~~~he~~~(^_*)

Popular Posts