PERKAHWINAN...Siri 1

(gambar sekadar hiasan)

Surah Al-Nur 3: Lelaki y berzina (lazimnya) tidak boleh berkahwin melainkan dgn wanita y berzina atau wanita musyrik. Wanita y berzina itu pula (lazimnya) tidak boleh berkahwin dgnnya melainkan lelaki y berzina atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan ini dilarang kepada org2 y beriman.



"perempuan2 jahat utk laki-laki jahat,laki-laki jahat utk perempuan2 jahat pula, perempuan2 baik utk laki-laki baik,laki-laki baik utk perempuan2 baik pula,,,"


Surah Al-Maaidah 5: Berkahwin bukan krn zina dan bukan pula kamu mengambil mereka menjadi wanita simpanan.


Dalam keluaran Majalah Al-Islam, seorang Pensyarah Pengajian Islam dari Universiti Malaya mengatakan maksud ayat an-nur ayat 3 ialah memfokuskan kepada lelaki atau perempuan yang kekal dalam penzinaan, maka mereka layak mendapat pasangan yang penzina jugak. Seorang penzina atau pelacur yang telah bertaubat, maka ia tidak dikategorikan dalam ayat ini.


Ana: Jadi di sini jelas lah bukanlah beerti sekiranya wanita / lelaki itu jahat semestinya ia akan berkahwin dengan pasangan y jahat juga. Asalkan ia bertaubat, Insyallah dia akan mendapat y lebih baik. Dari segi mana baiknya, Wallahualam… hanya pasangan suami isteri itu shj y tahu. Dari sikap bertolak ansur, dan saling tolong-menolong haruslah diterapkan dlm perhubungan suami isteri ini.


Apa y menjadi tanda tanya dlm diri ana ialah sekiranya sehingga tua si suami / isteri membangkitkan isu ini, contohnya mengungkit kisah2 silam pasangan nya atau sentiasa berprasangka buruk kepada pasangannya. Menurut ana, timbulnya “prasangka” atau “syakwasangka” dari sifat kesilapan masa lampau atau perbuatan buruk mangsa (bad habit). Maka titian perjalanan hidup si suami dan isteri hingga hayatnya bergaduh / bertekak dgn perkara2 y tiada kesudahannya. Pasti kasihan pada si anak membesar dengan mengalami tekanan emosi / mental begini. Apa y harus dilakukan?




Melihat kejadian / perilaku masalah kekeluargaan begini terjadi saban hari, disekeliling kita membuat kadangkala ana fobia / trauma terhadap “PERKAHWINAN” itu sdr. Konsep perkahwinan seharusnya berlandaskan syariah ALLAH & Islam. Tapi hanya kerana “kita” sdr leka & seringkali lalai dgn ajarannya, tidaklah kita meminta kesempurnaan dlm perkahwinan itu sdr, atau pasangan. Cuma sekadar mengharap y baik, iaitu tahu di mana berdirinya seseorang di muka bumi ini.


Berkahwin bukan untuk hari ini sahaja, tapi untuk selamanya. Berharap supaya si suami / isteri adalah yang pertama dan terakhir. Sekiranya sudah suratan takdir Si Suami berkahwin lebih dari 1, itu adalah “haknya” sbg Lelaki, asalkan MAMPU. Bagi si isteri andai, berkahwin lebih dari sekali, mungkin kerana kematian suami, atau bercerai hidup, itu adalah perjalanannya. Asalkan nawaitu ketika upacara pernikahan adalah taat kepada suaminya. Selebihnya serahkan shj pada y lebih “BERHAK”… ALLAH S.W.T



Comments

Titisan Budi said…
Yang mengambil tak terasa yang diambil yang terasanya... Ngee~~~Ngee~~~(^_*) Semoga Allah memberikan y hak utk kita.

Popular Posts