Life Is Beautiful...(2)


Bila Allah cepat makbulkan Doamu
Maka Dia menyayangimu
Bila Dia lambat makbulkan doamu
Maka Dia ingin mengujimu
Bila Dia tidak makbulkan doamu
Maka Dia merancang
sesuatu yang lebih baik untukmu
Oleh itu sentiasa barsangka baik pada Allah
dalam apa jua keadaan pun
kerana kasih sayang Allah itu
mendahului kemurkaanya.

Aku sering marah akan pada matahari
kerana Dia tanah ku menjadi gersang.
Aku sering menyalahkan hujan kerana Dia
harta ku musnah.
Aku selalu memuja bulan akan keindahan cahayaNya,
tapi aku selalu memarahi mentari kerana teriknya.
Siapa aku di dalam dunia ini?
Dimana aku di dalam dunia ini?
Mengapa aku jadi begini?
Mentari, hujan, bulan tidak pernah jemu akan tugas mereka,
Tapi aku?
Inilah aku makhluk bergelar manusia... insan...
yang sering lalai dan lupa akan keberadaan aku disini,
tujuan dicipta di atas muka bumi Allah ini.
Ya Allah maka peringatlah aku selalu akan kebesaranMu.

Comments