4 Jan_2010

Salam...alhamdulillah diberikan kesempatan untuk menikmati hidup ini. Tahun y baru, azam y baru, semangat y baru, lupakan segala kenangan pahit dan pengalaman y tidak menyenangkan pada tahun 2009. Ketepikan semua perselisihan faham, segala masalah y melanda y dicreate oleh ana sdr mahupun org sekelilingku. Kejar impian, fikirkan y terbaik dan semua y berlaku itu diatas kehendaknya dan pastinya ada y tersirat oleh ALLAH y mahu diberikan pada kite. Ambil iktibar, dan sentiasa berhati2 dlm memilih sahabat, dan menjaga diri sebaik mungkin. Hidup di KL banyak dugaannya. Setiap hari kite lalui pengalaman dan situasi y berbeda, jauhi dari manusia2 y mengambil kesempatan dan menindas kite. Jangan mudah terlalu percayakan orang, meskipun luaran itu nampak baik, selagi manusia bernama manusia, selagi manusia sibuk mengejar kemewahan, kebendaan dan keseronokkan maka ia tidak terlepas dari memperdayakan org sekeliling. Y lemah akan tewas, y kuat akan berada di atas. Maka ingatlah ALLAH selalu, dan mohon kepadaNYA agar diberikan petunjuk dan membimbing kita di jalanNYA. Hargai orang yang mengambil berat dan sayang pada kita.


Hidup di alam pekerjaan: Ana harus kuat, sentiasa berfikiran positif dan kreatif. Buktikan pada orang ramai y ana adalah terbaik. Elakkan kontroversi. Jauhi dari rakan sekerja yang menurunkan semangat bekerja anda. Pertahankan diri dan maruah ketika orang lain menjatuhkan maruah ana ataupun menghina ana. Percaya y ALLAH S.W.T akan membalas segala kejahatan mereka. Ikhlaskan diri ku Ya ALLAH dalam tempoh ana bekerja di sini, kuatkan lah ana Ya ALLAH, Lancarkan lah lidahku agar mereka faham permbicaraanku Ya ALLAH, berilah ana ruang dalam mencari hidayah mu... Selamatkan ana dari manusia yang menindas Ya ALLAH... Lindungilah ku...

Comments

Popular Posts