20 Feb 2012 - Selasa Yang Agak Suram

Salam pembaca semua, ada yang melihat blog ini secara xsengaja atau disengajakan... Hu... apapun ingin ucapkan Terima Kasih banyak2 pada y support pada saya selama ini.

Pejam celik2... dah masuk tahun 2012.
Dah dewasa... dah cukup dewasa kalau nak ada anak 2 3 org...hu...
Tapi itu bukanlah cerita yang Ana nak share hari ini...

Hari ini entah kenapa terasa bosan yang teramat sangat...Bukan kerana tiada kerja tapi kerana terlampau byk kerja yang kena settlekan sebelum pengalihan new Director, xsangka pula CEO Ana dah give up. Give up kerana Ana??? Manager??? Service Head??? Technician???
Semuanya lah tu...

Hampir 4 bulan & 1/2 Ana dah struggle & cuba bertahan demi company ni tetibe dapat perkhabaran CEO nak give up, give up bukanlah kerana tiada hasil positif, kalau diikutkan graph yang diberi "P" mmg menunjukkan ada peningkatan... cuma tidak sebesar target yang CEO Ana mahukan.

Pelbagai usaha telah Ana lakukan, edarkan flyer, sms, phone call, atau mungking sahaja belum cukup apa yang Ana lakukan ini. Atau lebih jelas susah benar nak CEO ini melabur lebih banyak. Pelaburan haruslah dilakukan terlebih dahulu dan memberi masa sehingga 1 - 2 tahun untuk melihat kesannya atau lebih "Best" nak sebut... "IMPAK" nya...

Tetapi dia CEO, duit dia, dah dia xnak melabur lagi apa Ana nak kata...
Bahkan pengambilalihan ini pun Ana xkisah sgt, sb tahu dia seperti Ana mahu kerja untuk mendatagkan input n profit untuk syarikat. Malangya management yand ada skg Failed dari segi itu. Dan Ana diberi tanggungjawab untuk melakukan management baru. Ana sudah melakukan, mmg ada y baiknya... Tapai kelewatan impaknya bagi setiap org membuatkan Ana juga mcm CEO Ana, letih nak tunggu...

Semua org sibuk nak memberikan produktiviti kerja, KLIK yang lain terlalu slow nak dibentuk... akhirnya...bila CEO sendiri dah give up, siapalah Ana nak kata TIDAK.
Maka accept jelah... Walaupun dikekalkan dan diberi peluang untuk bersama2 memajukan syarikat pada masa akan datang.
Tapi KLIK yang lain???
Wallahualam... Nasib mereka mahupun nasib Ana sendiri tidak dapat kita ketahui... Yang penting skg, apa yang patut dilakukan pada waktu skg... agar ia dapat membuahkan hasil pada esok hari.
ALLAHU AKHBAR~~~

Berat cabaran dalam dunia kerja yang Ana pikul sekarang ini. Berat juga kerja yang lagi 1 Ana praktikkan sebelum ini. Dunia fotografi... Entah kenapa beberapa Job telah dioffer sejak 3 bulan yang lalu, tetapi Ana telah tolak. Bermula apabila ada seseorang menegur yang kerja yang Ana buat ini tidak elok. Mengambil gambar yang bukan menutup aurat kononnya, dan public mcm tu adalah tidak elok. Tapi bila dikata begitu... Bukankah mereka suami dan isteri??? Salah ke Ana ambil gambar perkahwinan???

Dihujani pula dengan soalan ke2, "Awak tu perempuan, rasanya xelok memilih kerjaya sebagai jurugambar, x manis, sebab awak nak kena bergerak sana sini, baring ke apa ke???"
Mmm... Walaupun Ana pakai tudung dan baju menutup aurat ketika majlis org??? Xelok???
Dan sejak itu Ana mula menolak Job2 yand di offer... memikirkan apa yang sebenarnya yang pilihan yang Ana ada...

Comments

Popular Posts